Salam perjuangan,


Isu kecelaruan minda ..hm, mungkin ramai yang masih menganggapnya sebagai isu terpencil yang remeh, yang dihidapi oleh mereka yang sakit mindanya.. namun, bagi saya ia merupakan satu isu yang berat dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin, kerana pengabaiannya boleh memberikan natijah yang buruk, bukan hanya kepada individu malah kepada keluarga,masyarakat dan negara keseluruhannya.

Minda manusia memiliki pelbagai fungsi yang sangat signifikan.. berfikir, berstrategi , berkreatif , berkarya , berefleksi , bersistemik dan pelbagai lagi kata kerja aktif yang mampu mengurus sistem kehidupan individu dan menggerakkan sistem masyarakat keseluruhannya, malah, minda yang jernih dan bersifat sistemik mampu mengatasi kecanggihan teknologi komputer dan mampu membawa masa depan ke hari ini (bring the future today), begitulah hebatnya anugerah Allah yang diberikan kepada manusia.. tidak kepada makhluk yang lain.

Justeru, apabila minda menjadi celaru, hidup akan jadi sendu..keadaan menjadi haru..masyarakat hilang hala tuju.. yang muda menjadi kutu.. yang tua menjadi hantu.. ulama' menjadi kelu.. pemimpin tidak bersatu.. natijahnya jalan yang buntu.

Tunjang kepada minda yang jernih dan sistemik adalah iman.. keyakinan yang jitu terhadap Tuhan yang satu (Allah), berlandaskan kepada wahyu, yang diterjemah dan dimanifestasikan dalam seluruh kehidupan individu.

Urus minda bukanlah satu laman motivasi.. bukan juga laman pegurusan, ataupun laman kreatif..ia hanya satu wadah penulis melontarkan sesuatu isu yang melingkari kehidupan masyarakat masa kini.. untuk difikir, dipeduli dan ditangani.. SELAMAT BERFIKIR!

tentangnya



Pengendali urusminda ini merupakan seorang pendidik yang sentiasa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang terkadang sukar difahami dan dimengerti. Sebagai seorang ibu yang telah memiliki tiga anak remaja, lontaran idea urusminda dirasakan perlu untuk membolehkan generasi sekarang dan akan datang memiliki aqal yang lebih jelas dan matlamat kehidupan yang lebih bermakna...dan yang lebih penting lagi..menjadi khalifah Allah yang amanah dan bertaqwa.

hari ini?

Labels

shouting here~


ShoutMix chat widget