Ikut jalan short-cut. masalah ke? itu perkara biasa yang selalu kita lakukan. bilamana kita nak sesuatu tempat..lazimnya jalan short-cut yang kita akan pilih. selagi ada yang boleh short-cut, kita akan ikut jalan itu. tujuannya? tak lain, mestilah nak cepat sampai ke tempat yang dituju..dan, of course, lebih mudah.. tak perlu jalan jauh.. tak perlu susah payah menempuh traffic jam dan traffic light.. tak perlu ambil masa yang lama..yang penting, matlamat dah dicapai, tempat yang dituju..dah sampai..


Yang masalahnya adalah bilamana banyak orang ambil jalan short cut untuk banyak perkara. saya mengatakan byk orang kerana dah banyak kita jumpa manusia yang tak guna akal dan hati untuk berfikir dan menilai..sehingga banyak yang bertindak di luar batasan minda..

Apa tidaknya, banyak yang ambil jalan short cut untuk selesai masalah dengan dadah.. banyak yang ambil short cut untuk kaya dgn skim cepat kaya.. banyak pegawai yang nak hidup mewah dengan rasuah.. banyak perempuan yang nak jadi isteri orang kaya.. cari suami orang yang dah kaya.. dah ada pakej lengkap. harta,jawatan,pengalaman.. banyak juga lelaki yang ambil kesempatan pada wanita bekerjaya yang kaya.. tapi masih kesepiian,kesunyian, banyak peniaga yang nak cepat dpt untung..menipu dalam perniagaan.. lebih PARAH lagi, anak muda generasi masa depan.. lebih bijak dalam budaya short cut. kalau dulu, bercakap soal hubungan jenis amatlah memalukan. tapi kini, anak2 seawal usia 11 atau 13 tahun dahpun ada yang berpengalaman melakukannya! kalau dulu istilah ponteng tak ada dalam pemikiran tapi sekarang ponteng sekolah dah jadi perkara biasa.. melepak, merempit, mengambil dadah, melacurkan diri, mencarut, meragut, merompak,membulii,membelasah dan pelbagai lagi perkara negatif telah menjadi tatapan harian kita di akhbar2 yang melibatkan anak2 muda kita. Demi nampak mereka berjaya, demi nampak mereka hebat, mereka sanggup melakukan apa sahaja, asalkan matlamat yang diimpikan tercapai.. tanpa perlu bersusah payah memperolehinya..

Mungkin ada diantara kita yang berkata.."so what? peduli apa aku, lantak dioranglah, pergi jahanam dgn budak tu!" dan macam2 lagi istilah ketidakpedulian yang kita tunjukkan. Tapi.. terfikirkah kita apa akan jadi bilamana manusia tidak lagi mahu bersusah-payah untuk mencapai sesuatu matlamat? fikirkanlah..

Yang pasti, perlu diingat bahawa Tuhan menciptakan kita manusia dgn akal.. yang perlu di tajamkan dgn ilmu dan kemahiran berfikir.. kita dikurniakan hati yang perlu diisi dan disuburkan dgn iman.. kita dibekalkan kesempurnaan anggota untuk dijaga dan dimanfaatkan.. kita diberikan risalah islam untuk menjadi panduan hidup kita.. kita diberikan segala-galanya.. yang tak diberikan kepada makhluk selain manusia untuk melaksanakan amanah Allah yang dipikulkan keatas kita dan kita akan dikembalikan kepadanya untuk dihitung segala amal yang dilakukan di dunia..



0 komentar:

Post a Comment

tentangnya



Pengendali urusminda ini merupakan seorang pendidik yang sentiasa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang terkadang sukar difahami dan dimengerti. Sebagai seorang ibu yang telah memiliki tiga anak remaja, lontaran idea urusminda dirasakan perlu untuk membolehkan generasi sekarang dan akan datang memiliki aqal yang lebih jelas dan matlamat kehidupan yang lebih bermakna...dan yang lebih penting lagi..menjadi khalifah Allah yang amanah dan bertaqwa.

hari ini?

Labels

shouting here~


ShoutMix chat widget