Mungkin ramai yang semakin lupa kepada istilah globalisasi.. satu istilah yang amat dekat dgn kita suatu waktu dahulu. Ketika meledaknya kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mempromosikan dunia tanpa sempadan ( boardless world ) dan menjadikan dunia sebagai satu (global village).. bilamana ia tidak lagi dibincangkan ahli bijak pandai.. bilamana ia tidak lagi disuarakan di kedai2 kopi.. istilah tersebut mula tenggelam dalam pelbagai isu lain yang lebih terkini dan sensasi.


Namun, tanpa disedari kita sebenarnya telah menjadi mangsa kepada globalisasi.. anak2 kita menjadi korban kepada gagasan ini.. dan lebih dibimbang seluruh sistem hidup kita menjadi haru biru kerana ledakan gelombang ini. globalisasi sebenarnya satu bentuk penjajahan baru kelompok kapitalist ke atas dunia.. secara sedar atau tidak.. kita sebenarnya telah mengizinkan diri kita, keluarga kita, tanah air kita, sistem kita, dan segala yang kita ada.. dijajah oleh mereka yang memiliki kuasa ekonomi dunia..

Golongan kapitalist.. yang didominasi oleh syarikat2 multinasional (MNC) memiliki modal yang cukup besar sehinggakan kekayaan sesetengah syarikat dan pemiliknya mengatasi aset kekayaan sesebuah negara. Menggunakan tiket globalisasi, mereka membawa masuk modal ke dalam sesebuah negara dan menaburkan janji2 manis perpindahan teknologi (transfer of technologi) dan peluang pekerjaan (employment oppurtinity) kepada negara tersebut sehingga memungkinkan mereka bertapak di negara tadi dgn selesanya dan menggunakan kemudahan yang disediakan semahunya.. Malaysia seumpamanya.. membuka langit kita seluasnya.. mempelawa dan membawa masuk sebanyak2 nya pelabur asing (FDI) utk bertapak dlm negara.. malah memberikan kpd mereka segala macam intensif untuk menarik lebih ramai pelabur asing masuk ke dalam negara.. dan sehingga saat ini.. polisi negara masih membuka ruang seluas2 nya kpd FDI utk menguasai ekonomi negara kita..

Tidak dinafikan sememangnya mereka mampu memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.. tidak dinafikan kehadiran mereka mampu meningkatkan lagi prasarana negara ( demi kemaslahatan mereka ).. tidak dinafikan juga mereka telah byk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun.. berbaloikah bilamana ;


- kewujudan pelbagai hypermarket di tempat2 strategik bandar2 di negara kita telah meneggelamkan banyak peniaga2 runcit tempatan.. malah peniaga basah di pasar2 borong juga terkesan dgn kehadiran mereka.

- kehadiran segala macam rangkaian makanan segera yang telah mengubah gaya hidup dan pemakanan masyarakat tempatan sedangkan tidak ada sebarang nutrisi yang dijanjikan oleh makanan2 ini..

- kewujudan industri2 pelabur asing yang sebenarnya bertujuanhanya untuk memaksimakan keuntungan dgn menawarkan pekerjaan pada gaji yang sgt minimum demi untuk meraih untung yang sgt maksimum.. akhirnya bila dirasakan ada negara lain yang mampu menjanjikan untung yang lebih.. mereka akn meninggalkan negara ini bagi merebut peluang yang lebih baik.. yang tinggal? pekerja yang hilang mata pencarian.. kerajaan yang hilang sumber pencukaian setelah intensif cukai digunakan sepenuhnya dan.. tiada (atau sgt minima) perpindahan teknologi seperti yg dijanjikan

- kepudaran industri tempatan bersaing dgn gergasi pelabur asing akibat kekurangan modal dan skala ekonomi yang kecil.

- kebanjiran lebih ramai pekerja asing (dgn izin/tanpa izin) kerana keghairahan pelabur menggaji mereka pada kadar bayaran yang lebih rendah dri pekerja tempatan.

- terbantutnya daya inovasi masyarakat tempatan dgn kemasukan teknologi asing tanpa sekatan.

- hilangnya identiti jatidiri masyarakat tempatan bilamana pelabur masuk bersama mereka budaya yang liar tanpa lintasan..

0 komentar:

Post a Comment

tentangnya



Pengendali urusminda ini merupakan seorang pendidik yang sentiasa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang terkadang sukar difahami dan dimengerti. Sebagai seorang ibu yang telah memiliki tiga anak remaja, lontaran idea urusminda dirasakan perlu untuk membolehkan generasi sekarang dan akan datang memiliki aqal yang lebih jelas dan matlamat kehidupan yang lebih bermakna...dan yang lebih penting lagi..menjadi khalifah Allah yang amanah dan bertaqwa.

hari ini?

Labels

shouting here~


ShoutMix chat widget